Lesen P dan Pasar malam ;)

Macam orang kata, kenangan terindah. Hehehe, tapi patutkah ianya dikatakan sbg kenangan terindah apabila kisahnya begini ;p…. teng teneng!

Tadi, mase kat lab time khusyuk2 dengar Encik Syariful buat lawak kat depan, saye dapat satu mesej. Tapi, sebab syok gile creating web page, tak hengat nak tengok mesej tu (sambil-sambil edit2 profile di facebook). So, saye ingnore je laaaa. Bila kelas dah nak habis, baru teringat nak tengok mesej tu. Alamakkkk!!!! Laaa, lupe yang saye ade janji dengan housemate saye nak pergi pasar malam. Adus, dah kul 6 petang. Habisla!

Rupanya, Yana(my housemate) mesej tanya jadi ke nak sewa kereta nak ke sana (sebab tak pernah sewa lagi b4 this). Macam mana ni? Lesen, IC tak fotostat lagi untuk sewa kereta tu. Saya jalan2 balik rumah sambil mesej Yana suruh dia fotostat dia punya sajalah. Janji, saya yang drive. Bukannya apa, sebab dah janji dengan diorang. Kalau diikutkan ht saye, bukannya suka sangat sewa kereta tu. Lainlah kalau naik kereta sendiri. Hahaha…


Al kisahlah dah settle sewa kereta tu dalam 6:10 pm. Saya dengan yakinnya nak buka kunci kereta tu. Sekali…,

Yana, kenape kereta ni tak leh buka ye? Kunci tak masuk,” saya bertanya.
“Eh, sini nak tengok. Alaaa, salah tu. Kunci yang satu lagi la!” kata Yana. Pergh! Mistake lak kat situ hikhikhik… Kantoi!


Iyalah, selama ni naek kereta my dad main tekan punat saja dah terbuka. Ni nak main kunci, tak biasalah konon ;p hahaha! Luculah! Seperti biasa dengan skemanya betulkan kerusi, cermin pandang sisi dan belakang, pakai sitbelt, start enjin, masuk gear, fuh…Alhamdulillah… allright. Tibalah turn nak gi ambik Emma and Eina(rumet Yana, saye tak ada rumet..) lak kat depan rumah.

Nampaklah dua orang tu tengah tunggu depan rumah. Tapi, gabra nye pasal saya tak parking depan rumah. Tapi tepi pintu pagar UiTM. Risau gak nak parking depan rumah tu pasal bila nak pergi balik kena daki bukit sikit. Takut2 tak dapat kawal kereta tak pasal2 kemek belakang ;p hik3. So, decidelah nak parking kat situ tunggu diorang kat pagar UiTM saje.

Datanglah Emma and Eina dengan sengih2nya pasal ni la 1st time aku bawa kete nak gi p. malam. Konon nak tunjuk skill lah kot. Tak de la sampai cemtu… sambil2 nak test kepakaran dalam pusing2 stereng ni hehehe… Berbalik pada cerita tadi, saye dengan readynye bila Emma & Eina dah masuk dalam kete, lepaslah handbreak.

Aaaaa! Kereta mengundur ke belakang! Apesal! Yana… saya lupa kat sini pun bukitlah! Kita lupa kat sini tadi. Cemana ni? Yana yang dah ade lesen tu pun gabra juga. Tapi dia takut nak drive. Ntah ngape laaa. Hahaha, saye dah buat orang dalam kereta tu gabra. Cuba lepaskan cluth tu slow2… Tapi, kereta tu mengundur ke belakang lagi!.Eiii tak faham!

Fuh…fuh… so, saye pun try la tekan minyak kuat2. Kononnya ingat sempat pusinglah nak sampai simpang… (try datang UiTM machang n tengok kawasan dia cmana. Bukit2 gitu. Huhuhu…) Mak datuk! Salah tekniklah pulak! Hampir2 langgar tembok jalan. Pergh! Semua yang duk makan2 kat restorant tepi tu dah pucat lesi pasal nampaknya macam ade orang nak accident! Nak melompat kereta kancil tu saye buat. Lantaklah orang nak tengok. Saye kesah apa. Hahaha, buat tak heran je. Sekaligus mendapat kekuatan untuk drive dengan berhemat. Fuh…, akhirnya selamat…

Emma… Yana… Eina… semua takut2 dalam kereta tu. Tapi saye dengan selambanya wat don’t know je hahaha. (Padahal takut juge.) Lepas tu, sampailah kat pasar malam tu. Cari-cari parking, terjumpalah satu. Tapi depan public phone. Mungkin kena saman kalau ade tukang saman tu. Kitorang malas nak cari tempat lain, so parking sajalah kat situ. Takut juga sebab time tu ade kete JPJ lalu sambil tengok2 kitorang. Yana pun melemparkan senyuman yang paling manis buat pakcik2 dalam kete JPJ tu. Haha, selamat!

Round punya round pasar malam tu, tengok2 dah cukup sejam. Laaa, masa berjalan. Takleh lama2 nanti banyak pula kena charge sewa tu. Satu kes lak masa nak undur kereta… Rupanya kereta tu tak tekan minyak pun dia dah undur sendiri. Tak sempat lepas cluth pun. Angkat je handbreak terus dia undur sendiri. Cem tau2 je je kan? Hahaha... Nak kate jalan berbukit tak ada la pula. Hairan? Gelakla pula kitorang untuk kes ni. Hayya… patutlah masa kat depan UiTM tu mengundur semacam je. Rupanya hobi kereta ni mengundur sendiri. Agaknya pasal selalu kena turun naik bukit kot hahaha!

Alamak! Minyak kereta tak isi lagi. Gawat ni! Habis minyak kat tengah jalan nanti tambah satu kes pula. Tapi, lepas buat hal kat stesen minyak sebab tak dapat tekan tempat buka minyak tu, semuanya okey. Hape punya kereta laaa. Lain kali tak nak sewa dah kereta tu. Ambik yang lain pulak lah.

Syukur Alhamdulillah lah sebab mase balik dari pasar malam tu tak ada apa-apa yang berlaku. Semuanya ok kecuali tak ingat nak padamkan lampu kereta lepas parking hikhikhik. Lawak gile! Okeylah pasal masukkan minyak RM2 je hahaha lepas tu charge sewa kereta untuk 2jam RM10. So, kongsi-kongsi RM3 sorang. Tak adalah terasa sangat. Hmm… tak kisahlah, asalkan selamat sampai. Mungkin boleh sewa lagi lain kali;)…

;p… itulah al-kisah saye yang baru dapat lesen P hehehe…




No comments: