Pengalaman Berurusan Dengan Syarikat Penerbitan Novel..


kalau anda yang berminat nak cuba nasib dengan menghantar karya macam novel, cerpen dan sebagainya ke syarikat penerbitan tu... korang kena cekalkan hati tau.. sebab.. dni pernah berurusan dengan mereka.. malas nak cakap syarikat mana. tapi ada tiga syarikat yang dni cuba nasib.. iyalah.. dah siapkan novel setebal 300++ muka surat, pastilah teruja nak dipublishkan..



teringin nak ada novel sendiri.. seperti mana penulis-penulis novel terkenal kat Malaysia ni. dni usahakan selama setahun lebih. walaupun ada beberapa rintangan seperti kehilangan idea, draft hilang, folder tak boleh buka sebab virus, novel tu lenyap dek laptop rosak.. tapi ianya tak mematahkan semangat dni untuk menyiapkan cerita tu.. ya.. cerita yang dni angan-angankan untuk diterbitkan..



sekarang, cerita tu ada dalam laptop lama.. dah lama dni tak cuba buka laptop tu. sebab dni kecewa.. setelah berbulan-bulan dni emelkan pada publishers, apa yang dni dapat hanyalah balasan emel yang macam ni..


  • boleh tak saudari emelkan semula pada pihak kami. kami tak menemui emel yang saudari maksudkan
  • maaf, kami punya banyak emel yang perlu dibaca. jadi pihak kami memohon ribuan kemaafan sekiranya emel saudari tidak dibaca
  • kami berminat dengan karya saudari. namun pihak kami tidak menerima karya baru buat masa ini

dan lain-lain..



tak kurang juga ada yang senyap macam tu je. kalau tak suka, bagitahu je, senang. ini buat orang rasa sakit hati. dni bukan hantar satu cerita. tapi hampir 5 cerita. 1 novel dan yang lain-lain tu cerpen. emelkan beberapa kali benda yang sama.. kecewa sangat. tak terkata rasa kecewa tu. sebab kita taruhkan kepercayaan pada syarikat tu untuk baca karya kita.. menilai dengan adil saksama.. tapi bila ada cerita tiba-tiba keluar setahun lepas tu hampir sama dengan cerita kita.. tidakkah kita rasa bertambah kecewa? :'(




sekarang, dni kuburkan saja hasil karya dni.. biarkanlah ia bersemadi dalam hati dni.. dni pasrah.. dan mungkin jika ada kekuatan, dni akan publishkan novel tu pada satu blog baru.. biarlah ia tak menjadi sebuah novel yang diidamkan dni. namun bila ianya dapat dibaca oleh anda semua nanti, itu sudah cukup memadai buat dni..






###oh.. luahan hati..###



38 comments:

Tihara said...

agak nye kena ade kabel kuat baru boleh publish novel tu..akak pn dulu ada niat nak ajdi penulis tp sebenarnya tanpa kita sedari niat kita dah tercapai..blog ni macam majalah la juge...akak ade blog cerpen tapi merepek meraban semua akak taruk dalam tu.. takpe dni, terus lah menulis dalam apa cara sekalipun..

papabear said...

jangan give up. mesti teruskan usaha... mesti berjaya nanti!

alifstyle said...

Teruskan usaha itu.

Saya bekas editor novel dan selalu jumpa email begini. Ini satu trick yang mungkin berguna buat dna.

Jika hantar satu novel sekaligus (300 pages) Biasanya editor itu akan ketepikan dahulu untuk dibaca dikala lapang. Cara ini agak merbahaya kerana mereka juga manusia yang mungkin terlupa menyemaknya kembali. Mereka terima 2-7 email begini setiap hari.


Jika hantar sinopsis. Editor pasti membacanya pada ketika itu dan beri respond. Seterusnya, editor itu pula yang menunggu karya kita yang penuh. Cara ini lebih laju dan efisyen. Editor juga akan ingat pada kita.

Harap membantu.
(sayangnya saya bukan lagi editor novel)

cik EPAL said...

luahan hati yang sangat panjang :)

ardinihumaira said...

to Tihara

hehe.tak pe kak.. asalkan tulis. betul juga tu.. ada blog ni pon dah jadi penulis pon kita skang. hehe

ardinihumaira said...

to papabear

entahla.. setahun duk cuba.. sekarang rasa macam tak ada novel pun tak apa.. hinggakan dni terus tak berminat nak beli novel2. rasa hampa :'(

ardinihumaira said...

to alifstyle


^_^ whoaaa kagum!


dni tak pernah hantar 300 pages tu.. cuma hantarkan sinopsis, watak2 utama dengan 1-3 bab contoh yang dni buat... dapat respon beberapa kali tapi lepas tu diam. ada juga yang tiba2 cakap tak ambik karya baru. hairan. padahal tiap2 bulan ada je novel baru keluar dari penulis baru..


lepas tu, cerpen pun macam tu. dia asik cakap emel dni tak ada.. sakit hati.. cmana pula emel yang dni tanya pasal cerpen tu tiba2 boleh ada. emel cerpen yang dah berapa kali hantar tak ada pulak..sedih :'(

ardinihumaira said...

to cik EPAL

hehe... saja nak wat entry cecah lantai

hanis said...

SalaAm..

Alhamdulillah setakat ni belum ada masalah dengan mana-mana editor. Baru sahaja dua hari lepas hantar manuskrip novel kepada penerbit. Agaknya sebab pesta buku baru berakhir, mereka mencari novel baru untuk diterbitkan supaya boleh capai target lebih banyak jualan untuk pesta buku akan datang..

Yang pasti, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.

fasal draf, nis pun banyak kali hilangkan draf novel. ada yang sudah separuh siap. mujurlah sebahagian draf tu nis simpan dalam blog. draf awal novel pun nis tulis tangan, sebab novel tu ditulis sejak zaman sekolah. masa tu duduk asrama, mana ada komputer..

Usahakan cari penerbit lain pula. manalah tahu rezeki.. sayang kalau benda dah ada tapi tak dipakai..

tujuhhariseminggu said...

usaha lagiks... x sabo nak baca cerita yg dini wat... :)

Tihara said...

dni..akak pn dah follow gak blog kartun forumer kat sini.. :)

ardinihumaira said...

to hanis

w'salam..

bertuahnya hanis.. dni hntr 2-3 tahun yang lepas. then dni penat. pernah try tahun lepas tapi tak hantar manuskrip cuma request balik kat editor tu tentang cerita dni.. tak ada jawapan. dni dah naik segan.. malu pilu.. keciwa terkilan semua ada. huu

ardinihumaira said...

to tujuhhariseminggu

tah la. dni dah terkilan dengan editor tu.. kerana coklat seketul, rosak gigi budak kecik. haha tah pape lak peribahasa

ardinihumaira said...

to Tihara

blog dia super best. kartun sempoi. dni like kartun veri mac.. agagaga punoh bahaso inggerih ni

hanis said...

SalaAm..

memang bunyinya mudah, tapi banyak halangan sebelum menghantar manuskrip novel tu. nis tanya pendapat kawan-kawan yang memang dah ada terbitkan buku.. Xarine, Aidil Khalid.. Jumpa diorang secara kebetulan di alam maya.

Menghantar buku ke PTS adalah satu keputusan yang berat. Sebab kita kena pandai pilih genre dan editor. Kalau rasa macam genre tu tak sesuai dengan anak syarikat yang kita hantar tu, susahlah untuk memastikan manuskrip tu diterbitkan. nis terpaksa baca banyak buku PTS sebelum ambil keputusan tu.

Dua penerbit yang nis pilih adalah PTS dan Jemari Seni. Nis tak mahu hantar ke ALAF 21 sebab kemungkinan untuk novel tu diterbitkan adalah sangat tipis. Buku Prima pun sama. Sebabnya? Kedua-dua syarikat ni adalah anak syarikat Karangkraf dan memang dah terkenal. Jadi, mesti ramai penulis baru yang cuba hantar karya kepada mereka dengan harapan nak jadi penulis terkenal. Tapi bagaimana dengan persaingan sengit antara penulis lama dan penulis baru di sana? Editor mesti lebih cenderung ambil karya penulis lama mereka contohnya Aina Emir, Aisya Sofea. Penulis baru mungkin terpinggir.

Walaupun novel nis belum tentu diterbitkan, dari segi layanan, PTS memang jaga penulis yang menulis dengan mereka. Nis nampak komen dni di blog touya. dni cadangkan supaya touya hantar cerita tu ke PTS, kan?

* mEsSy * said...

jom saman!! mongok r diorng2 tuh.. musnahkan kepercayaan orng.. ta baek la cm gini..

:(

ardinihumaira said...

to hanis

salam, dear..

^_^ a ah dni ada suggestkan touya hantar karya ke PTS.. sebenarnya, dni dah hantar manuskrip ke PTS tapi.. itulah layanan yang dni dapat. masa tu dni tak sure dni dah hantar untuk novel atau tidak. sebab dni emel 4 syarikat.. ada yang langsung tak reply..


tapi PTS layan baik.. dni tak sangkalkan.. :) tunggu dni ada kekuatan, dni cuba lagi. serius.. lepas ada karya dni hampir sama dengan satu novel tu, dni give up. cuma, tak elok nak perkatakan siapa, novel mana, dan syarikat mana.. biarkan yang berlalu tu pergi. dan 2-3 tahun pun.. dni redha..


btw hanis, dni cuba ke blog hanis tapi tak dapat.. teringin nak baca blog hanis


salam kenal, ya.. good luck untuk karya hanis! ^_^

ardinihumaira said...

to * mEsSy *

hehe.. dah lama pun yunk.. i pon dah tak ambik hati. cuma tetiba hati i tersayat tadi masa buka pendrive, nampak karya i dalam tu... ohh.. u dapat bayangkan tak dear?

eyes143.. said...

yunkkkkk.. send mai kat i.. i nk baca.. i minat novel.. pelishhhhhh =]

ardinihumaira said...

hehe.. i try nanti. lama dah tak buka novel tu

touyakaruma said...

mesti best giler bila karya dijadikan novel .. pernah dengar pasal penulisan2u ?

ardinihumaira said...

a ah.. pernah dni pegi situ. tapi tak sedia nak letak karya kat situ.. huhu.. touya ada hantar tak?

Missa said...

Salam,

Betul dni, akak pun sedang menahadapi masalh yg sama. Nak terbitkan novel .. tapi x berjaya sampai hari ni. Dah 5 tahun mencuba, tapi semua tak berhasil. Byk yg menolak. Katanya cerita tergantung lah.... tak cukup syaratlah... cerita membosankan lah.. macam2. Last akak jual sendiri on-line.. so far laku juga... semua kata tak sabar nak habiskan cerita & tak sabar nak tggu novel karya akak seterusnya. So..tang mana yg diorg kata cerita x sedap, cerita tergantung pun tak tau lah...
Hmmm... sabar je lah..

tiara said...

to Missa
akak kata last2 akak jual sendiri online...maksudnya? boleh jual secara online ke? gi mana caranya?

tiara said...

salam to missa.
akak ada cakap yang last2 akak jual sendiri online...maksudnya? akak jual novel akak secara online ke? macam mana caranya?? TQ :)

tiara said...

salam to missa.
akak ada cakap yang last2 akak jual sendiri online...maksudnya? akak jual novel akak secara online ke? macam mana caranya?? TQ :)

tiara said...

salam to missa.
akak ada cakap yang last2 akak jual sendiri online...maksudnya? akak jual novel akak secara online ke? macam mana caranya?? TQ :)

tiara said...

salam to missa.
akak ada cakap yang last2 akak jual sendiri online...maksudnya? akak jual novel akak secara online ke? macam mana caranya?? TQ :)

tiara said...

salam to missa.
akak ada cakap yang last2 akak jual sendiri online...maksudnya? akak jual novel akak secara online ke? macam mana caranya?? TQ :)

tiara said...

salam to missa.
akak ada cakap yang last2 akak jual sendiri online...maksudnya? akak jual novel akak secara online ke? macam mana caranya?? TQ :)

ardinihumaira said...

@tiara

dear Tiara ;)
boleh ke website sis Missa di http://www.blogger.com/profile/05692444394981806166 untuk pertanyaan lanjut ^___^

n.haliban said...

Salam dni. Dah try mustread sdn bhd?
Syarikat baru lagi dan sedang mencari penulis rasanya.^^ cubalah. InsyaAllah dapat.

cik IMAN's said...

hye kak dni :) .actually iman pun ada minad yg sama mcm kak dni :) . tpi lepas bace post kak dni nih , cancel lahh . susah nyer .. hhiihih :) . belum berperang dah letak senjata , apa lahh iman nihh . hihhh

Nor Husna said...

As salam. Akak, walaupun post ni dah lama, saya rasa akk belum terlambat lagi. Cuba hantar ke Elee Mardiana Publishing. Dorang penerbit baru publish Oktober 2013. Bil. penulis sikit aje. Akak boleh try. Syarat2 dia mudah je. Rasanya dorang ni senang nak terima manuskrip.

Dan yang paling best lagi, dorang aktif mempromosikan buku2 penulis. InsyaaALLAH, saya pn akan bernaung under penerbit ni. https://www.facebook.com/eleemardianapublication?ref=ts&fref=ts

Alyaa TheOnly said...

nor husna thanksss.. terbaca komen awak. nasib baik awak bagi tau pasal ni. tadi rasa macam down and malas nak hantar karya, lepas baca komen awak rasa macam dpt sinar baru pulak.. haha thanks again ya

haida othman said...

Assalammulaaikum dear..walaupun dah lama entry ni, akk rasa terpanggil nak komen. memang akan ada banyak halangan dan dugaan. akak pun pernah kena lebih kurang macam apa yang awak kena tapi jangan putus asa. lebih senang nak bercakap kalau orang tu tak lalui n trust me, akak paham sangat2 apa yang awak lalui. kalau masih berminat, apa kata try dengan Fajar Pakeer? Kita kena kuat untuk pursue apa yng kita nak. janganlah bila ada problem sikit, terus nak give up, ya;-) Akak doakan yang terbaik untuk awak dan ingat, usaha lagi, insya Allah berbaloi bila tengok hasil kerja awak di pasaran selepas segala penat lelah dan susah payah yang dah dilalui.

Eira Azmira said...

Assalamualaikum,hai puan punya tulisan blog.Saya tertarik baca blog sis.baru jumpa utk dptkan pnduan utk hntr manuskrip.Saya pon bru blajar nk jdi penulis novel.Dah lama manuskrip tersimpan dlm laptop.Tapi belum siap2 sebab kekangan masa dgn study.Skrg pun terkejar-kejar nk siapkan manuskrip utk hntr ke publisher.

Sis,dah cuba dgn Kaki Novel?Mungkin mereka boleh membantu.Sye dulu msa bru menulis suka publish kt blog,group fb dan website penulisan2u dan novel melayu kreatif.Alhamdulillah respon yg baik.Dgn cara mcm ni,org akan kenal karya kita & berlumba-lumba utk terbitkan karya kita.Sis cubalah.Mungkin boleh membantu.

mardhiah mohd nor said...

hai kak dini.. its a long time ago punya entry.. but just to say hi to you.. i'm 15 when i started hantar manuskrip.. bila kene reject, sedih juga.. seminggu tk hadap laptop sebb sedih.. tpi bila kita terbaca yang cerita harry potter yg terkenal sekarang ni tu pun pernah direject sebanyak 12 kali.. at last, meletup juga.. thats why saya masih tk putus asa sampai sekarang.. harap akk tk ptus asa.. and surprisingly, saya berjaya bergelar author sekarang just disebbkan oleh a cerpen.. yg saya sendiri tk sangka berjaya diterbitkan.. go kak dini.. saya sokong kak dini even we never met but we have a same feeling untk tengok manuskrip kita berjaya di mata umum..