-
-
-
dni suka betul makan burger Malaysia ni.. dari dulu sampai skang tak penah tak suka makanan ni. sukaaaaa je memanjang. tak jemu-jemu... pendek kata kalau hari-hari makan pon sudi.. tak kisah pun. layan je. hehehe... cuma 1 je la.. makanan ni banyak kandungan minyak. so, elakkan la makan setiap hari.. kadang-kala tu boleh la... skang dni nak wat sendiri burger Malaysia... dni ikut resipi yang disediakan di My Resipi. jom tengok resipinya ;)









Bahan-bahan ( 8 biji )

  • *200g tepung gandum
  • *140ml susu/ air
  • *2 sudu besar butter/margerin
  • *2 1/2 sudu besar gula halus
  • *1/2 sudu kecil garam
  • *2 sudu kecil dry yeast
  • minyak untuk menggoreng
  • - sambal ikan bilis
  • - timun

Cara-cara

  1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
  3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis



senang je kan... hehe.. selamat mencuba!







Penaja Blog:


ads

7 Comments

  1. Dni, beger Malaysia ni mknan kegemaran I, sedappp sangat tak kira sapa buat pun mesti rasa sedap, sebab I suka makan ni =))) tapi malas nak buat sendiri heheee

    ReplyDelete
  2. my fevret tu... kalau beli kuih mesti beli yg ni gak.. tp tak pandai buat... errr malas nak buat sendiri hehe

    ReplyDelete
  3. betul la dini..dia mcm makan minyak sket..jd kalo batuk ke kena elakkan kalau tidak batuk x hilang

    ReplyDelete
  4. suke kuih nie kalau sambalnye pedas2 belaka...

    ReplyDelete
  5. sgt suke pau sambal! nak try buat! tq dniiiiii

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.