Hantaran perkahwinan daripada dni untuk suami



semalam dni ada tulis mengenai Bahan-bahan yang dni gunakan untuk menggubah hantaran perkahwinan. kebetulan pula Cik Chinta ada minta dni tunjukkan semua hantaran dni untuk dia dapatkan idea nak bagi hantaran untuk perkahwinannya nanti ^___^ so, dni nak tunaikan permintaan beliau... semoga sedikit sebanyak entry ini dapat membantunya dalam memilih barangan hantaran untuk bakal suami...





komen cik chinta




dni sediakan 9 dulang hantaran untuk pihak suami dan berbalas 7 dulang daripada pihaknya. barangan hantaran dni macam biasa je... barang-barang yang macam orang lain buat hantaran juga. tak ada sebarang kelainan pun... hehehe....







1) cincin

cincin ni dni dan suami sama-sama pilih masa kami berdua keluar beli barangan hantaran hari tu... suami dni minat dengan cincin palladium. jadi, cincin palladium sajalah yang jadi sasaran suami dni pada hari tu. kebetulan dia pilih cincin berbatu permata warna biru, sesuai dengan tema majlis kawen kami ;)






2) kasut + stokin

stokin ni abah dni yang sponsor tau. hehe... tq abah!






3) kemeja, seluar, dan set tali leher + sapu tangan + cuff

haaa... set tali leher + sapu tangan + cuff tu pun abah dni yang sponsor untuk menantunya. dni hias sikit-sikit je kotak set barangan tu gunakan manik bentuk love warna turquoise dan juga riben.





4) set wallet + belt






5) set wangian

dni beli masa sale tengah tahun hari tu... best bau perfume ni, dni suka! tapi disebabkan dni tak reti nak pilih perfume ikut citarasa lelaki maka dni serahkan pada suami dni untuk memili sendiri bau yang macam mana jadi pilian hati dia... dan, akhirnya set wangian ni yang jadi pilihannya ;)






6) set penjagaan wajah + gel rambut

pada mulanya dni ingat nak letak set tali leher tu atas dulang ni pastu makcik dni cakap tak elok asingkan barangan pakaian tu. so, dni ambil inisiatif belikan set penjagaan wajah+gel rambut untuk cukupkan 9 dulang hantaran. masa tu dni main beli je... hehe... tak reti pencuci muka cemana yang suami dni suka. Alhamdulillah... rupanya dia memang suka pencuci muka loreal tu... lega hati dni tau...






7) red velvet cupcakes

comel tak? hehehe... cupcakes ni ex-classmate dni di UiTM Machang dulu yang buatkan. dni tempah dengan dia. sedap tau cupcakes yang dia buat. comel pulak tu... kalau korang berminat, boleh tempah dengan beliau tau di Zee Bakeaholic Series kat sekitar Kota Bharu.







8) coklat

ikutkan hati dni, nak je dni buat sendiri homemade chocolate tapi tak sempat :'( busy yang amat sangat... maka dni beli aje coklat-coklat ni...






9) buah-buahan

simple je dni gubah buah untuk hantaran. nak wat cemano, tak kreatif, miahahaha! dni guna epal hijau, epal merah, oren, strawberry, dan juga anggur hitam.





okay.. dah cukup 9 dulang kesemuanya... okay tak gubahan yang dni buat? ada sesiapa yang nak upah dni buat gubahan hantaran tak ;p






-

44 comments:

Peri PiA said...

kretif juge dini ni ;)

kLiPKeRt@sPiNk said...

wahhhhhhhhhhhhhhhh...nk coklat tu!!


tarikh majlis dini smae ngn tarikh majlis sepupu sy...
sy pon ade tayang gak gambar brg hantaran..hehehee

Bui Junaidi said...

coklat2 tu nampak sedap lah..hehe

cantik2 hantaran dni ni..biru torkois ni mmg osem..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

LAWA BANGAT!! kreatif la dini =)

maszmadi said...

sweet jerk sumenyer ngan tema biru putih kan... suke...

yuyu Zulaikha said...

wahhhhhhhhhhhhhhh akak!! tahniahhh sangat sangat... semoga bahagia hingga akhir hayat akak! <3

anisalya said...

memang seronok gubah sendiri. tp akak ni dok kejar masa dgn husben pulak jauh. beli brg sm2, gubah kotak je sbb brg husben nak bwk drpd Ganu kan jauh. tk payah la nak grand2 bagai.

tp dni punya simple & nice je.

Tihara said...

semua hantaran nampak kemas n menarik dni :)

Nida said...

Cantik padanan warna tu... biru dan putih..

nanakimie said...

ok jew sis:) simple but nice^-^

aliesha kirana said...

wahhhhhhhhhh kreatipp la dni! nak tempah! hihih. eh AK ntah ble tahun nk kwen ni. hihih

e.l.i.s.s.m.i.e said...

dah boleh dah buat hantaran sendiri :) eliss dulu, yang hubby dan eliss, eliss buat sendiri tapi dibantu oleh kak long, kak ipar :)

ishiko said...

wuwuuu..
dni dah kawen pun.. tingin nak pegi..


sobbs..3x.
lama xsinggah belog ni

AmirFX said...

Menantu kesayangan abah nie.. haha.. Suka part buah2 tu.. Boleh makan terus.. haha..

Syamil Samad said...

wah. bagus2...semua cantik dan smart belaka. paling best Ferrero Rocher..hehe

p/s: nak hantaran ipad dengan DSLR

@juera said...

ok..buat sndiri lg puas ati kn yunk ^__^

monica said...

hai kak dini,first nak ucap tahniah atas perkahwinan kak dini sbb semuanya berjalan dgn lancar..ingat lagi saya,malam kak dini kahwin,ada orang tag gambar dalam profile fb kak dini..terus panggil pauline sama-sama tengok..kami 2 memang memuji tinggi kak dini..muka nampak bahagia & berseri..sempat juga kami 2 cakap,tak sangka ye dari start kak dini blogging kami kenal kak dini sampailah kak dini kahwin.. >.< anyway,ini first time saya tengok style gaun pengantin yang match dengan hitam putih..sebelum ini putih je.. >.< errr..boleh tak saya nak cakap gaun hitam putih kak dini kesukaan saya..hehehe..have a nice day.. ;)

Azee Idris said...

hehehe..thanks ami sebab promote kek zee...

Chekgu Azrine said...

simple but really nice.. kreatip!!

cikgu isza said...

hah.. bertambahlah hensemlah deen lepas buka sekolah ni sebab ada orang yang uruskan. Coklat x jajdi buat yer?

Sharinginfoz said...

thanks 4 sharing, teringat masa kahwin dulu2

CaDLyNN said...

wah..puas hati dpt buat sendiri hntaran ye..

ADEEYA said...

Chocolate kegemaran saya jadi hantaran lah hihihi :)

cik chinta said...

thx dni. dapat dah gambaran2 nak bagi hantaran pada si dia. pening tau pkir2. sebab tinggal lagi bape minggu aje da kat smenanjung ni. nanti da balik sabah takot2 tak de masa nak kuar sorang. sebab takot mcm2 da jadi skg. aritu aje da xciden kete T_T fobia. nwy, thx again :)

cikpuanhady said...

wahh..dni buat sendiri ke..comey2..

Affieza said...

Wow...even simple tp sgt cantik...

Cik Azizah said...

wah cantik kak dni wat sendiri! biru lebih myerlah kan..hehe

nurkina said...

tahniah dini...=)

qlah said...

sgt3 kreatif.. 10 bintang;D

Nur said...

Salam. Selamat pengantin baru Dini.. Maaf ye Kak Nur lambat wish. Cantik2 hantaran dari Dini untuk suami.

fieda said...

comel2 tu...:)

aisya zaida said...

slalu follow blog dni since dari sblm kawen smpai skrg. skrg best tgk dni hapdate pasal hantaran n pasal kawen. bleh jadi rujukan ni..

Mama Zharfan said...

bentuk2 love kaler biru tu sgt comel...dini beli kat mana? guna gam jenis apa yer

lieynanilaz said...

hiasan simple dan menarik!! pandai dni gubah....:)

ummiarissa said...

cantik!

cik sakura said...

coklat sedap..

Cik Pulau said...

wahhhhhh..
comey2..
pandai dni gubah..

monica said...

rindunya nak baca post kak dini.. >.<

Khairi said...

Ini lama cuti kahwin la ni. Tahniah Dni, semoga berbahagia hingga ke syurga. :)

d_LA said...

jrg tgk red velvet topping kaler camtuh..tomey2

nurkaloi said...

wahhh terbaik !!!
siap ad sponsor lagi
like !!!

kayrul-shah said...

cantik...berkilat2 tengok buah2 tue

JMR said...

ak nk upah ko pon cam jauh je dni..:-(

Myra Jay said...

Simple dan cantik..

Pandai gak Dni menggubah :)