Inner Shine Prune Essence | tips melembapkan kulit dan detoksifikasi

-
-
-
-
dah lama dni tak beli pati prune... mahal sangat pasalnya. tapi berkorban juga beli untuk sebab nak serap semua khasiat prune dalam tubuh badan ni haa... haha! macam watak penjahat dalam cerita kartun tu pulak sebok nak serap-serap bagai ;p






sebenarnya kalau nak lebih jimat, boleh beli Sunsweet. cuma, bezanya inner shine korang boleh minum dan telan cemtu je... sunsweet nak kena kunyah sampai lumat. liat juga buat prune ni kalau nak dikunyah. hehe... nak lebih senang, minum je pati prune. dalam sekotak besar tu ada 6 botol 42ml. lepas minum sebotol pati prune korang dah tak perlu minum/guna produk detox dah... pati prune ni dah cukup untuk detoksifikasi... konfem mudah nak melabur dalam toilet nanti... dan korang tak perlu minum banyak botol dalam sehari. cukuplah sebotol sebelum tidur. minum banyak botol karang ado jugak yang masuk tandas tak keluar-keluar, hehehe ^___^







harganya tak lebih dari RM25... dni terlupa berapa harganya sebab lepas beli tu resit bayaran dni lanting entah ke mana, beli banyak barang pasalnya hari tu kat watsons. dni ada penyakit malas pakai pelembap/krim... tapi Alhamdulillah kulit dni tak jadi kering sejak amalkan pati prune + beberapa supplement lain. tapi nak kata kulit cun gebusss tu tak ado lah kan. cemano nak gebusss licin cun meletops kalo malas pakai krim/pelembap. tak cukup nutrien la si kulit tu ehehe...





cuma, ok lah daripada yang berkulit kering kontang macam dilanda musim kemarau. jadi, dni rekemen korang untuk cuba pati prune. jom jom minum pati prune. dni nak beli sekotak lagi. ngam-ngam sempat habiskan sebelum tarikh kawen dni... dekat2 majlis tak leh minum. kang tak menahan kau nak masuk toilet. wakakaka ;p






-

16 comments:

Peri PiA said...

Btl dini,hari tu akak makan prune berBFF dgn toilet hahaha

FatinFirdaus said...

kita minum ni.. sedap sangat. :)

nur anis said...

best tak rasa dia? hihi

Cik Meeja said...

Wah!Bagos..jaga kesihatan luaran & dalaman..Cm pun pernah amik pati prune nih..Ade lagik 2 ke 3 botol ntah..x abes2, sbb pemalas gilos nak amalkan..Kuikuikui..~;p

Bui Junaidi said...

nak try jugaklah sebab kak bui pun malas mcm dni..hahaha..malas pakai krim..pasal tu kulit kering kontang

Juliet_iRa~" said...

elok ek k.dni?

hee..nt ira nak minum la bila dah stat keje sbb dah ada gaji..hee..

skarang ni penganggur so xleh maintain tiap2 bulan..huu..:)

munna said...

SIL KAK MUNNA PUN TGK SEBELUM NIKAH HARI TU HARI2 TELAN INNER SHINE NI... TAPI MMG TERBUKTILAH KULIT DIA CANTIK MENJELANG MAJLIS KAHWIN HARI TU

hajarus said...

sedap minum pati prune ni... tambah sejuk2... k.hjr bese jg minum... selalu beli yang sekotak 12botol tu... sebelum ni sll beli kat watson 12botol dlm rm49 lebih klu xsilap... tp skrng ni beli kat wonderful pasaraya kat ngan rmh 12botol 41.90 je... jimat 9ringgit.... ;D

Redbloodsnow said...

dulu aku amal minum ni. but since mahai...aku tak dpt maintain..hahahaha

beaty said...

best juga ni...but dah berhenti guna ni..skg x minum apa2 juga

qlah said...

wah.. hihi ;D

Tihara said...

tak pernah try ag ni :)

anisalya said...

alhamdulillah, kulit tak kering walaupun mls mcm dni dan mls ambk supplement jgk. cm skg ni nak ambik jgk supplement semula. nk try jgk innershine ni. hero kecik dah mkn lasak dan bambam ni perlukan extra energy.

nuriz said...

teringin nak try jugak sebab kulit sis ni selalu kering2

LidiaSuraya said...

Bru beli nk try laaaa. Sama2 la kita telan k nk kulit Sihattt :)

ctpah said...

Baru beli n baru nk try. Nj try tgk kesannya nanti