Day 2 | Berpuasa ketika hamil

-



2nd day berpuasa, Alhamdulillah... masih belum rasa kepenatan yang melampau lagi. macam biasa je... hari pertama dan kedua berpuasa jatuh pada hari minggu, jadi Alhamdulillah dapatlah dni dengan asben praktiskan bangun sahur jam 4pagi dan berpuasa. maklumlah, dni baru kali pertama berpuasa di Sarawak. waktu imsaknya lebih awal berbanding dengan semenanjung. jam sebelum jam 5 pagi dah masuk imsak... 6.43pm dah masuk waktu berbuka... awal sangat-sangat...




besok dni akan mula bekerja sebelah petang. biasanya dni mengajar waktu pagi. tapi disebabkan bangunan sekolah yang dibaiki beberapa bulan lepas telah pun siap, Alhamdulillah sesi petang dah boleh masuk belajar ke sesi pagi... jadi guru kafa kena mengajar sebelah petanglah bagi yang mengajar murid sesi petang hari tu. so jadual dni sekarang dah berubah ke hari isnin, selasa dan khamis setiap 1.30pm-4.30. waktu tu adalah waktu mula rasa penat, kan? hehehe... tataulah cmana dni besok. hopefully dapat kerja dengan baik dan tak mengantuk



okay, dni nak share menu bersahur dan berbuka dni sepanjang hari ni iaitu:


bersahur:
  • 7biji kurma
  • 2 keping roti bersalut telur
  • sekeping roti bersalut telur + sosej
  • 1 keping char kuey
  • air masak


berbuka:
  • sepinggan nasi berlauk dalca daging dan daging rusa masak merah
  • segelas air soya
  • 3biji kurma
  • air masak


(selepas waktu berbuka - 11 malam)
  • segelas susu segar
  • sekotak kopi susu dutchlady
  • supplement (vco, fish oil, wum, vitamin c, susu kambing tablet)
  • 1bar cloud9
  • air masak
  • kurma



itu sahajalah yang dni makan dan minum... banyak betul, kan? hehe... coklat masih tak boleh nak skip sekarang ni. still lagi terliur nak ngap. tu pasal termasuk gak la dalam menu makan dni. later dni akan gantikan dengan chocodate. tadi terlupa nak buka bungkusan chocodate. tunggu besok malam lah dni pekena chocodate. nampak lazat betul ^__^






untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.



-

21 comments:

Citarasa Rinduan said...

salam ramadhan adikku

thanks syer ya.. sis simpan dalam draf.. oh.. tak leh skip coklat rupanya..mujurlah mudah jumpa kan kat kedai2 bhampiran

PS: selamat btugas petang adikku, moga puasamu genap 30 hari

azizah :) said...

banyak jugak tu almaklumlah makan untuk double...hehe

azizah :) said...

banyak jugak tu almaklumlah makan untuk double...hehe

NURUASHIA said...

wawhhh..besar dugaan puasa tahun ni kn :) papepon xyh risau sbb kak xperlu gnti pose hehehe :)
slmt berpuasa n take care ^^

Cik_Shiqah said...

kak dini, selamat berpuasa.. wah baby dlm perut pun ikut berpuasa la ni yer.. ^_^ shiqah doakan kak dini senang berpuasa di bulan ramadhan ini.. moga lancar semuanyer yer! :)

Alinaclover Premium Beautiful said...

byk jugak makan.. sedapsss pulak tu dni..

1 keping char kuey tu apa dni?

Ardini Humaira said...

@Citarasa Rinduan

tq kak :')
Salam Ramadhan juga buat akak... hehe.. gemar coklat nak wat cmana :D

Ardini Humaira said...

@azizah :)

hehe.. yang banyak nye air tu kan :D

Zie said...

sedap je tgk menu dini, apun semoga dini puasa dgn jayanya, bnyak berkatnya bila berpuasa time pegnent ni...

Ardini Humaira said...

@NURUASHIA

InsyaAllah this year tak perlu ganti puasa.. harap2 dapat puasa penuh :)

Ardini Humaira said...

@Cik_Shiqah

amin...
tq dear ;) selamat berpuasa!

Ardini Humaira said...

@Alinaclover Premium Beautiful

:) char kuey tu roti goreng gtu yong. hehe.. cer google... bentuknya panjang doubel gtu hehe

Misz Mieza said...

Alhamdulillah.. Masih gagah si ibu mengandung ni.. Moga hari2 Dni sentiasa bertenaga biarpun di bulan puasa ni.. InsyaAllah..

velasrizal said...

harap dpt cope keje ketika pose kan

CaDLyNN said...

slmt berpuasa dni..jg kesihatan ye..

cik yuyu said...

wahh... yuyu pulak rasa hepy dapat tahu u pregnant.. brape bulan??

SyUhAdA said...

msti dni x penah miss mkn coklat kan?hehe..

anisalya said...

insyaAllah... semoga dipermudahkan ye dni.

Che Rosliza Che mat said...

Alhamdulillah...berjaya jugak dini berpuasa hari kedua ya...

Riena Haiqal said...

Syukur Alhamdulillah.... dapat juga habiskan puasa sampai ke petang yer.. Dni memang boleh punya la.. (^_^)
tapi masa berbuka jangan lupa makan banyak2 demi baby..

Peri PiA said...

seronok bace menu dini :),Alhamdulillah