Day 6 | Berpuasa ketika hamil

-




Alhamdulillah, hari ni dni dapat beli bubur kacang hijau yang diidamkan. disebabkan semalam punya bubur kacang hijau dah rasa macam nak basi, dni buang terus. kempunan nak makan... bubur kacang hijau yang dni beli semalam ada campur dengan jagung... hari ni, dni beli di gerai lain... buburnya dicampurkan dengan sagu dan juga barli. first time dni rasa bubur kacang hijau campur dengan sagu dan barli. kalau campur sagu je dah pernah rasa... ni campur skali dengan barli. kreatif pulak penjual ni kan. hehe... apapun, rasanya not bad cuma, kalau boleh nak lah pekena bubur kacang hijau kaw-kaw pekat tade campur dengan apa-apa. hurmmm gamaknya kena masak sendiri jugaklah kalau cemni... sebab tak ada gerai yang jual bubur kacang hijau tak campur dengan bahan lain.







hari ke-6 berpuasa, dni agak busy... maklumlah semalam pay day untuk goverment punya... ramai order produk Catalyst yang dni jual di ARDINI SIMPLY SHOPPE. ada yang sms, email, pm dan tak kurang juga isi order form terus. ^___^ semua nak sihat dan cantik, Alhamdulillah... sama2 kita manfaatkan supllement yang dipercayai ramai ni. dni sendiri tak skip amalkan vco walaupun tengah preggy. untuk ibu mengandung pun bagus amalkan minyak kelapa dara. terutamanya dekat2 nak bersalin... InsyaAllah dipermudahkan proses bersalin dan bagus untuk janin.



jom kita citer bab juadah bersahur dan berbuka dni pada hari ni.. melalut dah citer benda lain as muqaddimah ;p hehe....



BERSAHUR :

  • 4biji kurma
  • 4-5 suap nasi dengan serunding daging
  • segelas air soya
  • air masak





BERBUKA :

  • 3biji kurma
  • nasi dengan ayam percik + kerabu pucuk paku
  • air kelapa
  • air masak
  • separuh dorayaki (roti yang intinya timun + ikan bilis tu, hehe... tatau nama. makan separuh je sebab terlampau pedas).


    (antara jam 9-11malam)

    • 5biji kurma
    • bubur kacang hijau
    • supplement (vco, fish oil, vita c, tablet susu kambing, wum)
    • air masak



    itu je lah yang dni makan pada hari ni.. Alhamdulillah, baby pun aktif je. tak de gerak slow motion pun.. dia gerak kaw-kaw siap tendang kuat-kuat. haih... sungguh bertenaga anak mama hari ni ^__^ hehe... senang mama nak tanda jadual pergerakan baby yer.. syurkur ya Allah...






    untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.



    -

    11 comments:

    azizah :) said...

    hehe Alhamdulilah rezeki akak hari ni.. baby pon pandai kick2 sebab kenyang..hehe

    myravea said...

    hee. Sonoknye dgr baby dah menendang. :)

    Hati-hati ye kak. Selamat menunaikan ibadah puasa. :)

    Nur-nba said...

    Salam. Bagus tu.. Ibu mengandung kena banyak makan kurma dan makanan berkhasiat lain. Semoga Dni selamat melahirkan bayi yg comel dan sihat. :)

    anisalya said...

    akak pernah makan yang ada telur kat dalamnya. beli masa balik terengganu. takut je nak makan tpi makan jugak la. pelik pun pelik.

    nuyui a.k.a miss YUI said...

    menu ibu hamil yg besh =)

    syawalsimpsons said...

    baguih la sihat n baby pon sihat...

    ~nadyahoney~ said...

    alhmdulillah..rezeki tu..:)

    Peri PiA said...

    Alhamdulillah,best nya baby aktif

    Eliss Mie said...

    bukan dorayaki kan, tu yg manis2 tu. yg awak makan tu burger malaysia :)

    Sue-Rya Qistina said...

    tu la. lg syok klau msk sendiri bubur kacang tu (mcm yg sy ckp kt fb aritu. hehe) bole buat pekat2 without ape2 bahan selain kacang hijau, santan dan gula melaka. tu pun dh sedap. preggy ni mmg mcm2 la teringin kan. hehehe

    LydSunshine said...

    Dorayaki ke Dini panggil? Kat sini panggil burger malaysia. Ada sambal bilis dgn timun.

    Dini dah berapa bulan? Akak tak selera makan la.