Resipi Daging Rusa Panggang Berempah

-



kemain hari ni rasa nak pecah kepala fikir nak masak menu apa untuk berbuka puasa. memang masak ni tak delah susah sangat... yang susahnya nak buat keputusan apa yang kita nak masak. bila dah blur tak tahu nak masak apa, mulalah google bagai.. belek buku resipi... end up tak dapat buat keputusan juga. kena tepuk dada tanya selera barulah menjadi. disebabkan asben dni dok cakap ikut suka dni nak masak apa... dni sendiri pun blur. last-last dni cakap kat dia dni nak makan daging panggang.



sebab pagi tadi asben ada belikan pemanggang elektrik untuk kegunaan ketika berpantang. senang... so boleh guna buat panggang daging. tak perlu guna pemanggang arang tu. kami duk kawasan perumahan teres je... tak de laman pulak tu... nak memanggang huishhh tak tahu nak buat kat mana... syukurlah zaman skang ni segala teknologi moden ada... siap boleh memanggang guna elektrik pulak. thank you asben ku sayang!






yang comelnyeee, asben dni buat dari A to Z. dari basuh daging sampailah ke perap daging, pastu tukang panggang daging pun dialah juga. hehehe... semangat dia guna barangan yang baru dibeli. syukur jugalah dapat suami yang ringan tulang membantu isteri yang sarat mengandung nih. masakan dia sedap-sedap pulak tu...



ekceli dni tak tahu nak share resipi cemana... sebab bahan perap ni boleh guna apa sahaja... macam tadi, asben dni guna:


  • 3-4 sudu kecil rempah satay
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1cm halia*
  • 1biji bawang putih*
  • 2-3 biji bawang merah*
  • sedikit kunyit hidup*
  • 1-2 batang serai*
  • garam secukup rasa


kisar semua bahan bertanda *, campur dengan serbuk satay, jintan manis, dan jintan putih pastu peraplah dengan daging dalam 3-4jam ^__^ kasi segala rempah tu menyerap sebelum dipanggang.. lagi bagus kalau perap dengan lebih lama.. dan... kalau korang nak tahu, ni daging rusa tau. bukan daging lembu... selalu makan daging rusa sejak duk miri. dulu dni tak pernah rasa daging rusa... mula-mula nak cuba tu risau gak kut-kut tak best ke apa... rupanya best! hohohhh.. nak wat cemana kat sini susah nak dapat daging lembu... dijual di pasaraya milik orang bukan Islam... bila dah was-was tu susah la nak beli, kan? gamaknye makan daging rusa je lah kat sini. but it's okay... sebab ianya sedap!



-

13 comments:

Peri PiA said...

Alhamdulillah,wah dini special menu dini :)

Cheq Sue said...

untung kan dini mudah nak dapat daging rusa... cheq sue lak memang teringin nak rasa tapi payah benar la nak jumpanya...

Ardini Humaira said...

@Peri PiA

Alhamdulillah..
special sebab asben yang masak hehe

Ardini Humaira said...

@Cheq Sue

ha ah sini kalau weekend mudah sket dapat daging rusa.. tapi tak selalu.. kalau skali ada, terus asben beli 2kg :D

dak eina said...

dh lme xmkn daging rusa nie. dh xigt rsenya mcm mne..hikhik

Ardini Humaira said...

@dak eina

sama je ngan daging lembu tapi gebu sket hehe

izz iizza said...

untung dpt suami rajin camtu..:)

sedapnya tengok daging tu...

amalina husna said...

sebut kata bakar semua sedap..tp rusa sedap ea kak dini??
x pernah try r plak..huhu..

Sharinginfoz said...

tak pernah cuba daging rusa ni

ekinashikin said...

wahhh...x pernah mkn daging rusa...

azizah :) said...

seronoknya kan kak kalau suami ringan membantu..baru rukun rumahtangga tu..

jijah takdo pemanggang tu.. teringin gak nak beli..sng nak masak ape2 kan..

the tempo of life said...

bestnya .. nak try lah

anisalya said...

sedap ek daging rusa ni? pernah makan daging kancil. rusa tak sure pulak.