Resipi Puding Custard

-



ada yang suka makan puding custard tak? meh dni share resipinya.. mudah je nak buat.. rajin ngan malas je nak jadi ke tak puding tu. hehe... ala-ala buat dadih cemtu... jom cekidaut!





Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung custard
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • sedikit esen vanila
  • 1 sudu besar margerin
  • gula dalam 7-9sudu besar
  • (pewarna dan perasa jika mahukan perisa)



Cara membuatnya:
  1. panaskan api, campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati... pastikan api tak terlalu panas... nanti kang hangus, hehe...
  2. bila dah agak nampak kesebatiannya, tuang adunan tu dalam bekas yang sesuai. atau kalau nak ada bentuk, betuk, masukkan dalam mould.
  3. boleh juga dimasukkan pewarna.. nak titik-titikkan ke... nak corakkan guna lidi ke... atau nak puding tu berperisa, boleh buat corak guna perisa tu atau juga masukkan terus dalam adunan ^__^



selamat mencuba!



-




11 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg sng..besh!

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Rajin betul Dni nieh...nyum2...:-)

Izan Ishak said...

kak izan suka kalau makan yg sejuk2! best lalu kat tekak...

Asfaliza Mohd Yatim said...

akak dh beli dah tepung kastard nya. nk buat nya tgu seru. huhuhu

syawalsimpsons said...

kena try time weekend ni...

fieda said...

sedap ni kalau makan sejuk2..

izz iizza said...

senang tu antara rajin ngan tidak jer nak buat..:)

laskar pelangi said...

makan sejuk2 best ni ;)
yumyum...

Murni Alfathunnisa said...

simple resipi yg dni bagi...boleh la try nanti. puding kalau makan sejuk2..memang heaven sangat!

azizah :) said...

ok nanti nak try! nyumm3x..

Misz Mieza said...

Mudah sangat.. Nanti boleh buat.. =)