Resipi Puding Roti

-



wuarghhh! malu nak tayang gambo puding roti versi hantam sajalah malas nak potong bahagian tepi roti... gara-gara malas, terpaksa gak la tayang gambo puding roti malas daku nih... nak snap yang lain tado jadahnya lah...tatau bila lagi nak buat puding roti sedangkan mood nak share resipi membuak-buak. kah3...






yang pastinya, setiap kali buat puding roti dni konfem malas nak buang bahagian tepi roti. tebiat buruk benau... lagipun, dni layan je makan bahagian tepi roti tuh... tade hal pon... rupa je la tak bape jelita macam yang dibuang bahagian tepi, kan? rasa dia sama je pun {menyedapkan hati sendiri ;p}


okay... jom tengok resipinya... walaupun korang dah pro buat puding roti, dni nak share gak pada yang mana belum penah cuba buat lagi... yang dah terer tu tak pe... boleh buat banyak-banyak dan kasi dni makan hoho!



BAHAN-BAHANNYA:

  • 4-5keping roti
  • 450ml susu segar/susu sejat (dni guna dairy milk)
  • 3biji telur ayam
  • 25g gula kastor
  • segenggam kismis hitam (sultana)
  • 1 sudu besar membukit tepung custard
  • sedikit mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :

  • sediakan loyang.. tak kisah bulat ke segi empat ke ape... yang penting muat-muat untuk 4-5keping roti tu. sapukan mentega pada permukaan roti. oh sebelum tu! potong bahagian tepi roti kalau tak nak rupa puding roti korag macam puding roti dni kat atas ;p
  • carik-carikkan roti yang dah disapu mentega dengan penuh perasaan kasih sayang kalau nak bentuknya cantik, kalau nak lepas geram, carikkan ikut suka hati je asal jangan ramas-ramas roti tu sudah. kang tak gebu roti tu jadinya.
  • susun cencomel dalam loyang tu berselang-seli dengan kismis. tabur kan je pun takpe...
  • pukul telur dan gula sampai kembang.
  • panaskan susu atas kuali dengan api yang sederhana... jangan kasi hangus susu tu... nampak cam kekuningan sikit cemtu... then tutup api, masukkan dalam tupperware... jangan biarkan dalam kuali panas tu kang hangus!
  • campurkan susu yang dipanaskan dengan adunan telur dan gula, pukul lagi adunan tu dan masukkan esen vanilla serta tepung custard.
  • dah puas hati memukul adunan tu, tuangkan je dalam loyang berisi roti. biarkan seketika sampai nampak dah kembang sket... baru masukkan dalam oven/microwave.
  • bakar dalam oven selama 20minit atau lebih pada suhu 180 darjah. kalau nampak macam lembik lagi 20minit, up lagi 30minit...
  • in case korang tade oven, nak guna microwave, bakar dalam suhu sederhana selama 20-30minit juga... ekceli puding roti dni tu pun dni bakar guna microwave je, haha!
  • bila dah masak, sejukkan... baru leh potong-potong. then, boleh ngappp ^__^


selamat mencuba
;)



-


20 comments:

~didiey~ said...

best ek puding roti???xpenah mkn...
kwn adik sy ajar cara buat puding roti pelik lah.kene blend!haha!!!sbb xyakin n xpcye,tros xberani nk buat

kakchik@ella said...

Dini, ni feveret KC.

maszmadi said...

ha, ini ker puding roti yang dni malu nak tunjuk tu, ok jerk... akak pon x buang gak tepi roti tu, cantik per jadik berkaler2 puding roti tu kan.. haha

nak try yang bakar plak tapi aven ngan mikrowef x der... so kukus jerk boleh buat.. huhu

ummiarissa said...

akak pun buat puding roti tuk berbuka di sekolah petang ni...tapi lain sikit resepinya...nanti akak buh kat entry

izz iizza said...

alahai hajat sy belum kesampaian lagi nk buat puding ni..:)

Peri PiA said...

aduhai terel nya dia
yummm

nur anis said...

saya pun masuk je bahagian tepi tu kak..tak elok membazir..hehe

dak eina said...

nk buat lah.. terliur =.=

mama tisya said...

tk pernah buat tp suka mkn

Myra Jay said...

Akak pun buat puding roti ari tu tak buang pun bahagian tepi ha :)
Masak dan makan gak..heheee

Eca Dwinky Asha said...

nmpksedap je.hehehe.nnti nak try

syawalsimpsons said...

takpe tak cantik..janji sedapkan...kalo terajin potong bahagian tepi tu, leh pos kasi syawal makan tu...tu fav dier tu...kikikiki

najihahfara said...

x pernah rasa puding roti ni hihi

Maiyah said...

anak akak suka mkn tepi roti
klau buat kek pun yg tepi2 dia minat hehe

azizah :) said...

tak pernah rasa lagi puding roti ni..buat ape tah lagi..sedap eh kak..

|| a - j . E . E || said...

pernah buat tp hubs x makan sgt terus malas nak buat lagik. huhu

Chekgu Azrine said...

asalnya anak2 akak tak makan..tp bila akak buat terus makan..hehehe..sedap kot sbb seblm ni dorang tak berani nak rasa kot

syiela said...

selalu juga buat.. anak2 akak suka.. kejap je licin :)

ekinashikin said...

dri dulu rsa mcm nk buat..tpi x de org mkn..huhuhu..

miss Fyqa said...

pernah gak wat tapi version kukus punya. hehe