Kisah Bersalin Part 1: Warded Seminggu di bulan Ramadhan


Assalamu'alaikum...

lama dok peram kisah nak bersalin hari tu. dah masuk 6 bulan. baru berkesempatan nak karang story kat sini. kisahnya pada bulan Ramadhan al-mubarak hari tu... 9hari sebelum hari raya, dni rasa tak sedap hati sebab air yang dni sangkakan air kencing kerap sangat keluar. setiap hari wajib keluar air tu. dni yang dah sarat mengandung, cuma fikir mungkin dni terkecing sebab kandungan dah besar dan tekan pundi kencing. sejak kandungan dni 6 bulan lagi dah terasa air tu kua sikit-sikit. tapi masa bulan puasa air tu keluar macam makin banyak.



barulah dni perasan rupanya bukan air kencing. sebab air ada sedikit likat, tak macam air kencing pun sebenarnya. dah tak berbau hancing. kalau air kencing, konfem hancing! kan? terus dni arahkan suami cium basahan yang melekat tu sebab nak kepastian sama ada betul-betul tak hancing atau dni punya deria bau yang dah wenggg. hehehe... terpaksalah juga encik suami menuruti kemahuan si isteri. ternyata, beliau juga tidak terhidu bau hancing pada basahan tu. kami berdua apa lagi... terus macam terpinga-pinga. macam, eh! eh! dah nak bersalin ke ni? asben siap tanya. dni tak boleh tunggu sampai raya ke? sebab dah nak raya ni. haha... boleh pula nak main tunggu-tunggu. karang terbersalin kang nak jadi bidan ke cik abang? ;p




dengan sepantas kilat dni google tanda-tanda leaking liquor, pecah ketuban secara perlahan-lahan dan kekeringan air ketuban dalam kandungan. TERNYATA! dni mengalami simptom yang dinyatakan dalam info yang dni baca. berdesuppp kami ke klinik berdekatan, dan doktor sahkan yang ketuban dalam kandungan dni dah kurang dan dia suruh dni buka puasa terus sebab risau kalau ada kemungkinan dni akan bersalin pada hari tu juga. dengan gabranya keluar klinik dan bagitahu asben dan jiran yang dni akan ke hospital besar terus ke tempat bersalin sebab emergency case.





kelam kabut kami kemaskan apa yang patut, asben kelihatan begitu risau dan berdebar. kesian sangat kat dia masa tu. ye lah kami berduakan berada di perantauan. kami saling bergantung di antara satu sama lain. tak ada sedara mara kat sini. bila berlakunya kecemasan begini teruslah rasa macam oooh kesiannya dia kena hadapi semua ni sorang diri kalau dni warded nanti. 



sebelum ke hospital besar, sempat kami berdua singgah di mall beli roti, coklat dan air untuk dni berbuka puasa dan bekal dni kat hospital. masuk kereta, terus makan dengan perasaan berkobar-kobar. sekejap excited sebab rasa macam ehhh ehhh tak sabarnya nak jumpa dengan anak mama! kejap-kejap rasa sayu sebab sian kat asben tengok dia bersusah-payah. huhu perasaan bercampur-baur. apapun, kena bertawakkal kepada Allah. hanya Dia yang dapat mempermudahkan segala urusan kita. sobsss...


sesampainya di dewan bersalin, lepas register segala, kena buat ujian air kencing, darah dni diambil dan doktor mula buat CTG serta scan. SAH! air ketuban dah kurang dan bagi mengelakkan infeksi doktor cakap dni kena tahan di hospital. pastu kena seluk. serius rasa cuak. doktor laki lak tu masa tu. hahah! mana-mana ibu yang bersalin dengan doktor lelaki akan faham perasaan tu. kau kena tunjuk pada selain hasben kau! rasa macam... peh... pasrah gtu. huhu...


masuk kat situ dalam jam 11 pagi... jam 3petang lebih camtu baru confirm kena warded. betapa setianya asben tunggu kat luar dewan bersalin dengan gundah gulana dan gelisah kat luar sana. maklumlah hospital miri, kaum suami dilarang masuk bersama isteri. tak sama dengan tempat lain yang bagi suami temankan isteri. kau buat-buat nazak nak jumpa asben masa nak bersalin tu pun dia tak kasi gak suami masuk tau... isk3... ketat undang2 dia... 



lepas kena tolak masuk wad, dah dapat katil, asben temankan sekejap pastu kena balik sebab masih bukan waktu melawat. see! bukan takat temankan masuk dewan bersalin. dalam wad pun tak dibenarkan ada yang teman. tak boleh langsung. sedih tawww... huhuuu dah la sebatang kara kat sana, tak dapat pula asben temankan dalam waktu-waktu memerlukan macam tu. maka berlakukah drama air mata. lepas asben balik je, menangis ajelah keje dni. tak dapat nak tahan sebak di dada... mencurah-curah juga air mata yang keluar.



bersambung...

PART 2 
PART 3



-

10 comments:

Peri PiA said...

akhirnya ini lah entry yg akak tgu

sayu akak bace

*~♥Ekin♥~* said...

sobss...baru nk brgenang air mata ni,brsmbung la pulak..huhu.. x dpt nk bygkn mcmane klw sy dtempat tu..sedih,sayu,gmentar.. Skg ni kndungn sy da msuk 3bln,sy harap baby ni sihat..InsyaAllah..

Ardini Humaira said...

@Peri PiA


♥ masa taip kisah ni pun dni rasa sayu gak kak.. sobss :')

Ardini Humaira said...

@*~♥Ekin♥~*


♥ In Shaa Allah...
banyak2kan doa... memang gementarlah saat2 tu. hehe.. semoga dipermudahkan segala urusan, amin

nanakimie said...

alahai...sian sis,huhu........ketat betul undang2 nya ye,sabojela^-^

azizah :) said...

sayunya kak.. camner la keadaan jijah nanti.. duk di perantauan jugak ni..suami belayar..huhuhu moga Allah permudahkan..

Rosmiza Ali said...

Patutla tetiba jer menyepi.. Dalam pikiran, takkan dah bersalin kot Dni ni.. Takde kabar berita pun..Rupanya memang tepat jangkaan Mieza.. =)

LydSunshine said...

Huhu.. lostnya rasa kalo husband tak leh temankan. Saya nanti insyaAllah akan bersalin kat PPUM. Dgr citer, suami takleh masuk gak.

|| a - j . E . E || said...

hospital labuan pon husband takleh masuk tengok wife bersalin unless takde mak2 lain nak bersalin.. erm memang mendapat la.. huhuh

Siti Fatimah said...

sedih bc nukilan ni..sy pn brda d miri utk ank kedua ni insyaAllah brsalin di miri.kwn sy keje d hospital miri ckp skrg hospital miri Father Friendly..wallahuallam...hrp betullah.d hospital pasir puteh kelantan bersalin ank pertama pn hsbnd xleh masuk,tp ada hospital yg hsbnd blh masuk.xtaw hospital mn.serius,nk jgk hsbnd urut2 blkg dan bdn ni sbb lenguh2 skt urat ms cntrction tu...baik zmn dulu,brsalin dgn bidan jew.actually kpd mommies yg xtaw,klo xnk do laki,blh request nurse yg ade pos basic smbut bby.patient always right.sy brsalin ank prtma dgn nurse post basic,lg pro dan cpt keje die.sbb dh mknn dia hari2.