Showing posts with label homemade. Show all posts
Showing posts with label homemade. Show all posts

18 June 2014

Homemade playdoh tanpa guna krim tartar






Assalamualaikum


anak-anak korang suka main plastesin/playdoh? atau korang berkira-kira nak belikan playdoh tapi mahal? haaa... dni ada tips untuk korang. sebenarnya dni berkena nak peli pasir elastik untuk darwish. tapi memandangkan harga dia comel bangat, pastu risau nanti dia telan ke apa, dni batalkan niat suci murni nak belikan dia benda tu.



sori, rupa tak semenggah sebab darwish sebok nak main, mamanya tak dan nak snap gambar cencomei. 



tiba-tiba teringat hari tu ada tengok video homemade playdoh yang selamat untuk si kecil kita main dan andai kata termakan ke tertelan ke tak jadi masalah. lagipun doh yang dibuat ni banyak guna garam, masin! makanya nak mengunyahnya tu macam euwwww masin sangat kot. hahaha... mesti budak-budak luahkan balik kecuali yang suka makan masin-masin keje mengunyah la dia nanti. hehehe....



proses untuk menyiapkan playdoh ni makan masa sekejap je. cuma leceh sikit nak menguli macam nak buat donat. resepinya pun dah ala-ala doh donut cuma tak masukkan yis je. kalau letak yis terus jadi donut kalerful. comey jugak kot kan donat kalerful. hahaha boleh try lepas ni. okay, korang boleh ikut step by step melalui tutorial dalam video ni. senang je. yang penting, ada pelbagai pewarna, tepung gandum, air, dan juga garam jom cekidaut ^___^













 


Alhamdulillah, darwish suka sangat main playdoh ni.





macam-macam bentuk kami dok main. boleh la tahan dua minggu lebih atau sebulan kalau tak terdedah dengan cuaca panas. simpan dalam bekas kedap udara. selamat mencuba! ;)