Showing posts with label liquid vco. Show all posts
Showing posts with label liquid vco. Show all posts

23 July 2012

Produk yang boleh digunakan untuk melegakan strechmark ketika hamil

-



strechmark/regangang kulit ketika hamil adalah satu perkara biasa berlaku kerana kulit semakin menegang apabila bayi semakin membesar. bukan setakat kulit perut sahaja yang meregang... malah, bahagian dada dan pinggul pun sama... kalau google gambar-gambar strechmark, ada yang menggerunkan dan ada pula yang cuma dapat strechmark yang tidak ketara...




Alhamdulillah, buat masa ni strechmark yang dni alamai bukan pada tahap yang teruk. cuma, still ada. terutamanya bahagian perut. ada nampk jalur-jalur menjalar kat bahagian tu. hubbylah yang tegur... kalau dia tak tegur, dni tak sedar pun dni ada strechmark. seriously! sebab tak jelas sangat warna pada masa tu. sekarang ni makin besar perut, makin jelas sikit warnanya...






pada mulanya, dni cuma pakai losyen vitamin e dan cocoa butter. tapi tak jalan.. bila pakai losyen je kalau berpeluh, ada rasa gatal-gatal.. kulit pun macam dapat tindak balas negatif. so dni stop.. dni bertukar kepada minyak... dni guna minyak kelapa dara aje untuk disapukan pada bahagian strechmark. ALhamdulillah tak ada rasa gatal dan kulit merah-merah. cuma satu je lah... ada bau minyak kelapa sikit... soft-soft gtu je baunya. komen dni, okaylah guna vco liquid. tak gatal dan strechmark tak makin teruk...







biasanya yang ada strechmark akan pilih bio oil sebagai solusinya kan? dni pun sama.. ada beli juga bio oil. baunya agak wangi dan bila pakai pun cepat nampak kesan. cuma.... harganyalah, agak mahal sikit berbanding minyak kelapa dara. so dni tukar-tukar aje guna vco dan bio oil. dua-dua dni guna ^__^





satu lagi produk femes untuk melegakan strechmark adalah palmer's cocoa butter. yang ni dni tak pernah guna minyaknya... dni pernah guna yang jenis losyen. maybe losyen tak okay dengan kulit dni yang jenis kering. jadi, dni pilih guna produk berasaskan minyak... so, no komen untuk produk ni. hehe...




pureen pun ada losyen khas untuk strechmark. dni pernah tengok tapi tak pernah cuba sebab terang-terang dah yang ni jenis losyen. so dni rijek awal-awal coz dni tak boleh guna losyen... alahan dengan losyen kut sejak preggy nih. dulu kalau pakai losyen okay je. sekarang, asal pakai je rasa gatal. sobsss....




so pada mana-mana mom to be yang ada strechmark jangan risau... tu normal. yang penting u ols jangan menggaru kat kawasan berlaku regangan. nanti bertambah teruk. setakat ni Alhamdulillah dni pakai vco liquid dan bio oil tak ada sebarang efek gatal. okay dan sesuai dengan dni. pakai b4 tdo jelah kebiasaannya. kalau pakai waktu tengahari, badan berpeluh. tapi sebaiknya pakai lepas mandi. dni je pemalas... suka pakai b4 tdo...




kalau korang dah malas sangat nak pakai, minta tolong je asben yang lumurkan. haha.... ada kemanjaan di situ ;p yang penting, pakai! kalau korang biarkan macam tu je, alahai... nanti susah nak hilangkan strechmark tu tau... tak cunnn nanti kulit u ols :)


-